20120805

Semester 2.

Hmm, dah berapa lama ye kita start belajar? Aku rasa macam baru je habis semester break harituu. Sedar-sedar kita dah start Ramadhan. Celik mata, Hari Raya pun menjelangg. Lepas tu final. *gulp*

[my other self]
Final bulan Oktober, sekarang baru bulan Ogos. Alaa, rileks arr :B
*Pffft, kata nak capai dekan?!*
Err, InsyaAllah capai punyaa.
*Study pun aci lok cak je kannn?*
Halamakk, belum bulan September lagi.


Haaa, tu la perangai students zaman sekarang.. Procastinate je lebih. Mak pesan tangguh buat kerja ni tak baik tauu. Tengok, mak kita semua ada pesan tu kan? Menangguh tu amalan yang baik ke? Mestilah tak! Let me tell you a story, cerita ni berlaku baru lagi. Ni kelas MGT 162.. Management punya kelas ni hari selasa petang dan khamis pagi, per a week.. Lecturer tu nama dia Sir Fauzi. Dia suka bagi suprise. Dan kami ayik terkena banyak kali. 3 minggu berturut-turut! Okay, startnya macam ni.


Kelas on macam biasa, suddenly lecturer tu cakap macam ni ;


Sir: "saya nak buat test mgt la. Bila kita nak start ya?"
Students: "alaa sir, kita buat lambat sikit laa, kami tak ready lagi ni!"
Sir: "kalau awak tak ready, bila lagi nak buat testnyaaa?"
Students: "Hmm, sir bagitau la sampai chapter berapa masuk, bila kami dah study pulun buku bagai, sir bagi test, okay?"
Sir: "Okay laa, jangan time saya nak bagi test awak tak mai pulak."


Next week punya class on macam biasa. Tiba-tiba sir cakap macam ni ;


Sir: "Awak punya kelas advanced sangat la, sekarang dah chapter 4. Kelas lain baru nak masuk chapter 3. Kita nak buat macam mana ni?"
Students: "Ye ke sir? Kalau macam tu, sir ajar la slow sikit."
Sir: "Awak semua pandai belaka, nak buat apa ajar you guys slow? Nanti tidur pulak dalam kelas saya."
Students: "Habis tu sir nak buat apa?"
Sir: "Hmm, saya cancelkan kelas la. Bagi kelas awak sama level balik dengan students yang saya ajar ni."
Students: "Serius sir?! Wahh, sporting habis la sir ni! :)"
Sir: "Minggu ni hari khamis kelas takde ya"
Students: "Allright!"


Semua happy gila bila sir cancelkan kelas. Well, that is one of the joyous moments when you are a student kannn? :B #Wajib! Kalau kau tak happy kelas batal atau postponed aku tak tau la kau ni jenis apa -___- Okay mungkin sebab tak suka bila lecturer tu ganti kelas or postponed kelas tu ke masa yang tak best ke, alasan yang tu aku accept. Anyway, back to story.
*Sir Fauzi ni baik, dia tak ganti balik kelas yang dia cancel. Best la dapat dia mengajar kami! Hikhik :3


Kelas on macam biasa.
Sir: "Okay, Next week we're gonna move on to chapter 5 : Motivation dan lepas chapter 5 ni, saya nak buat test."
Students: "Alaaa sir! Awalnya sir nak bagi test!"
Sir: "Bila lagi nak buatnya?"
Students: "Hmm, bila kami dah prepare la sir."
Sir: "Gegeh betui hampa semua naaa, dok renyeh renyeh nak postpone test!" *err, loghat kedah dah keluaaaaaar hihii :B fyi, sir orang kedah.
Students: "Serius la sir, bila kami dah prepare laaa :("
Sir: "Malas saya nak postpone lagi, next week kita ada test ye."
Students: dengan lemah longlainyaa, "Iyo laa sir Fauzi :( "


Bila dah habis chapter Motivation [chapter 5] dalam seminggu, kami pun pulun la buku dengan expectation next week ada test. Kata students lain, mgt punya test ni lain sikt. Difficulties dia lebih dari average. Gigih la kami semua pulun buku 3 hari 3 malam.


Tiba-tiba dapat text dari class rep, "mgt cancel this tuesday, sir tak sihat." Meloncat kegembiraan tauu! Apa lagi, campak dulu la buku mgt tu. Tak jadi pulun hahah :B Next thursday, kelas on macam biasa.


Sir: "Harini saya nak sambung sikit la pasal chapter 5."
Students: dengan penuh kehairanan,"sir, bukan kata nak buat test ke?"
Sir: "Saya cakap macam tu ya? Takpe la, postpone la test tuu."
Students: "Allright!"
*Padahal chapter 5 ni dah habis belajar. Cuma time tu sir ulang balik sikit pasal motivation tuu.


Lepas tu, kelas hari selasa minggu berikutnya, sir cancelkan kelas. Lagi. Kata class rep, dia tak sihat lagi. Atas mulut, penuh dengan keprihatinan. Dalam hati, meloncat kegembiraan. Itulah students sekarangg kan. Aku pun begitu hahaha :B


Class on wednesday.
Sir: "Okay, harini kita nak buat apa ya?"
Students: "Test! Jawab test!"
Sir: "Semangatnyaa hampa nak jawab test ni."
Students: " mesti laaa, penat dah pulun buku 7 hari 7 malam ni!"
Sir: "Toksah nak gebang la."
Students: "Betul sir!"
Sir: "Betul? okay saya tanya soalan awak jawab."
Students: mati kutu sat "aaaaa, bagi la soalan senang sikit sir :B "
Sir: "Apa definition bagi management?"
Students: "aaaa, alaa, process yang itu laa."
Sir: "Haa, kantoi tak boleh nak jawab soalan. Macam mana ni? awak semua tak ready lagi."
Students: "dah sir! Penat la ngadap buku mgt ni. Kalau boleh makan, dah lama saya makan."
Sir: "Gebang aih. Dahlah. Kita tunda test ke next week."


Sebenarnya, bila dah lama sangat asyik tunda test ni, jadi lebih malas kita nak appreciate masa yang ada untuk study lebih banyak. Kita akan jadi lebih malas untuk study balik. Kalau ada orang akan pulun selagi boleh, aku salute ah kat dia! Literally. Sebenarnya, kali ni sir tunda kan test tuu sebab paper dari UiTM Shah Alam tak sampai lagi.

Hari selasa kami semua dapat news mengatakan lecturer UiTMPP akan ada meeting sampai jam 5 petang. Ada kawan ni tanya sir, betul ke kelas nanti cancel? Dia marah balik kami kata kami gebangg. Grr, geram jugak. Sebab kelas pagi selasa tu cancel tau, jadi semua kelas automatiknya cancelled for the day. Masa tengahari hari selasa tuu, kami tertunggu tunggu jugak bila sir nak bagi tau class cancel ni.. Cuak jugak, kot la dia betul nak ada buat kelas kann.
Later, lagi sejam waktu kelas, dapat text. "Class mgt cancel." Takde pulak dia bagi reasons hari tuu. Okayy, happy! Class takde! Tidur la sampai ke petangg haha :B
*hari selasa aku ada dua kelas je.  \^O^/


Jadi, bila dah sampai hari khamis, kami semua tak sure ada atau tak test mgt ni. Semua pakat datang lewat ke kelas. Bila semua dah ada, sir pun tak sampai lagi. Pelik doe! Ada kelas ke tak ni? Lagi 10 min ke 8.30 am sir masuk kelas. Dia boleh pulak tanya, "Harini awak nak buat test ke?" Grrr :S

Tau la kami asyik nak tangguhkan test, dia pun perli perli kami semuaa :'( Conclusion is, kalau awak sendiri bersikap tangguh-menangguh, lama kelamaan orang sekeliling awak pun asyik tangguh perkara penting yang nak dibuat bersama awak. Get it? Untuk peringatan aku jugaa :B


*Wei, cerita kau ni tergantung laa. Jadi ke tak test kau tuu?*
Oh, mesti laa. Lastnyaa aku sendiri pun ternganga bila dapat paper mgt tuu. Tapi Alhamdulillah, aku boleh jawab. Taaaapi, tak yakin la apa result keluar hikhik :3


P/S : Konon pulun buku habis-habisan, bila dapat paper, Zzzz.


RFAM: Last minute punya kerja.

No comments:

Post a Comment